Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya PERINTIS ingin membuka peluang kepada semua ahli PERINTIS untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan kepakaran dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh PERINTIS dengan menyertai ‘PERINTIS Working Group’ yang ditubuhkan dalam PERINTIS.
Ahli-ahli yang berminat untuk menyumbangkan kepakaran dan menyertai ‘PERINTIS Working Group’ ini dipelawa untuk mengisi borang yang disertakan pautannya di bawah, dan Person In Charge (PIC) untuk setiap PERINTIS Working Group ini akan berhubung dalam masa terdekat bagi dimulakan penglibatan.
Pautan: http://tinyurl.com/perintiswg
Mari bersama-sama PERINTIS dalam menyebarkan manfaat sains dan teknologi untuk masyarakat.
Terima kasih
“Science for the well being of creations”
