Alhamdulilah penyelidikan bertajuk NAISSE: One Stop Integrated Repository Cross Lingual Semantic Information Retrieval on Prophetic Food telah dianugerahkan pingat Emas dan Top Fundamental Research Pecipta 2019. Projek penyelidikan ini merupakan salah satu dari 11 projek di bawah geran Kementerian Pendidikan Malaysia, Niche Grant Research Scheme (NRGS) dengan nic Sains Islam yang diperolehi oleh USIM memfokuskan kepada kajian berkaitan makanan sunnah. Projek ini menghasilkan satu carian enjin rentas 3 bahasa iaitu. Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia termasuk tulisan jawi. Enjin carian ini memudahkan pengguna mencari sumber rujukan berkaitan makanan sunnah dari Al-Quran dan Hadith yang berbahasa Arab, manuskrip klasik Melayu yang dalam tulisan jawi serta rumi dan artikel-artikel berkaitan kajian saintifik yang dalam bahasa Inggeris. Kandungan enjin carian ini adalah sumbangan yang telah disahkan oleh pakar bidang yang terlibat dalam penyelidikan ini. Enjin carian NAISSE atau Naqli Aqli Integrated Semantic Search Engine boleh dimuatturun dari playstore atau layari di www.naisse.org