Penyelidik UTM bangunkan Prototaip mesin bantuan pernafasan menggunakan Teknologi Cetakan 3 Dimensi (3D Printer)  

Ketua Projek Geran Penyelidikan Khas Sempena Krisis Covid-19, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Ahmad ‘Athif Mohd Faudzi berkata objektif khusus dalam menghasilkan peranti perubatan  jimat kos ini adalah bagi menampung  sistem bantuan pernafasan pesakit COVID-19 sekiranya jangkitan yang berpunca dari Corona Virus ini mencapai tahap yang kritikal di Malaysia.

“Peralatan bantuan pernafasan, ventilator ialah salah satu daripada peranti perubatan yang penting untuk memberi bantuan pernafasan kepada pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pembangunan model prototaip ini boleh digunakan bagi membantu pesakit yang tidak kritikal dan dalam penggunaan jangka masa pendek. Model prototaip ventilator yang di bangunkan ini mempunyai fungsi yang terhad namun ia boleh mengawal Tidal Volume (Tv), Respirotry Rate (rr) dan Inpiratory:Expiratory (IE) Ratio bagi kegunaan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan”.

 Berita Lanjut