Selamat Menyambut Aidil Fitri 1441H

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم

Semoga Allah menerima amal kami dan kalian

 

 

1 Syawal menandakan kemenangan Ramadan kita,
Raikan Aidil Fitri norma baharu yang sungguh berbeza.
Tiada kunjung-mengunjung dan  berziarah di hari raya,
Hanya guna aplikasi dalam talian saja.

Kini tiba 1 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 24 Mei 2020 yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah tanda kemenangan selepas melaksanakan Rukun Islam ke 3, iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

Pada masa sekarang, kita semua masih dalam melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha untuk mengelak penularan pandemik COVID-19. Kita hanya beraya di rumah masing-masing dengan menjaga beberapa prosidur yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Dalam situasi sebegitu, moga kita terus bersyukur kerana masih dapat meraikan Aidil Fitri pada tahun ini.  Dengan norma baharu, diharap kita terus dapat meningkatkan ukhuwwah di antara saudara-mara dan rakan taulan kita melalui beberapa aplikasi dalam talian.

Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) turut memenafaatkan kesempatan PKP ini untuk menjalankan beberapa aktiviti seperti beberapa perkongsian yang dilaksanakan secara live streaming dalam Facebook dan YouTube.  Perkongsian oleh beberapa pakar terkemuka dalam bidang pembangunan akademia muda yang dilaksanakan oleh PERINTIS Young Professionals (PYP) masih boleh diikuti oleh semua ahli dalam YouTube. Perkongsian untuk memasyarakatkan topik sains dan teknologi turut dikupas dan boleh ditonton melalui rakaman FBLive di FB PERINTIS.

Moga kita dapat menghasilkan satu inovasi produk sains dan teknologi dalam usaha untuk membenteras penularan pandemic COVID-19.  Kita juga terus dapat berkongsi ilmu sama ada melalui penulisan, penyampaian ceramah, dialog, temu bual dan perkongsian seecara langsung (Live). Dengan itu, kita terus relevan sebagai ahli masyarakat yang berkualiti dengan membawa kebaikan selari dengan sains untuk kesejahteraan alam.

Kami memohon maaf kepada semua ahli jika ada kesilapan ketika memimpin PERINTIS.

PROF. TS. DR. SALWANI MOHD DAUD

PRESIDEN PERINTIS 2019-2021