PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR BERBAHAN API GAS MENGGUNAKAN REKA BENTUK “RETAINER” BARU
Keywords:
retainer baru, emisi, bahan api gas, nombor pusarAbstract
Pembebasan emisi ke persekitaran menyebabkan alam sekitar semakin tercemar. Berpunca dari masalah ini telah timbul banyak kesedaran untuk mengawal alam sekitar supaya lebih selamat untuk didiami hidupan di muka bumi. Pembakar merupakan salah satu penyumbang utama kepada masalah pencemaran ini. Proses pembakaran dari pembakar yang menggunakan gas sebagai bahan api berkecenderungan untuk membebaskan emisi seperti NOx, CO, CO2, uHC dan sebagainya. Oleh itu langkah yang sewajarnya perlu diambil dengan membuat kajian yang menyeluruh terhadap kaedah-kaedah pengurangan emisi daripada pembakar. Objektif kajian ini adalah untuk mengurangkan emisi daripada pembakar berbahan api gas dengan menggunakan reka bentuk retainer yang baru. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan retainer baru dengan berbagai sudut dalam mengurangkan emisi. Tiga rekabentuk telah dihasilkan iaitu R30, R45 dan R60 dan hasil ujikaji dibandingkan dengan retainer sedia ada. Retainer baru yang dihasilkan adalah berdasarkan kekuatan nombor pusar 0.4802 bagi R30, 0.8314 bagi R45 dan 1.4405 bagi R60. Melalui kaedah ini didapati 45.21% emisi NO, 60.0% emisi CO dan 15.08% gas CO2 dapat dikurangkan.